Kelas ‘Google Lens’
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint Google Lens. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara menggunakan Google Lens yang disediakan oleh Google Inc. untuk memudahkan pengguna dalam mencari maklumat berdasarkan carian gambar kepada para pelajar sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Google Lens, antara fungsi yang diterangkan pencarian menggunakan terjemahan ayat dari bahasa asing kepada bahasa melayu, pencarian menggunakan gambar pakaian untuk carian jenama ataupun harga dan carian tempat menarik menggunakan gambar tugu ataupun bangunan sejarah untuk mengetahui sejarah dan tempat menarik disekitarnya.
Selepas kelas pelajar di uji untuk mencari gambar untuk diterjemahakan. Seramai 3 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: